Ikuti Kami:

Kontrak Tidak Telus, Lee Sunbin Menang Kes Saman Lawan Agensi Lama

Kontrak Tidak Telus, Lee Sunbin Menang Kes Saman Lawan Agensi Lama

Setelah sekian lama dalam perbicaraan, Mahkamah Tinggi Seoul sekali lagi memberikan keputusan yang sama bagi kes Lee Sun-bin yang mahu menamatkan kontraknya bersama Wellmade Star.

Pada Jun 2020, agensi itu telah menfailkan saman terhadap pelakon wanita itu sebanyak 500 juta won atas tuduhan Lee Sun-bin menamatkan kontrak eksklusif secara tidak sah. Kata mereka,

Lee Sun-bin melanggar kontrak ekskusif dan memberitahu mengenai penamatan itu selain terus meneruskan aktiviti seninya.

Walau bagaimanapun, Lee Sun-bin melawan dengan menonjolkan isu mengenai pembayaran dengan pengiraan mengarut selain mengambil projek di luar pengetahuan pengurusnya. Kemudian, agensinya menurunkan pangkat pengurus tersebut dan terus mengganggu kerjanya.

lee sunbin

Dalam kontrak yang ditandatangani antara Lee Sun-bin dan Wellmade Star Entertainment, terdapat klausa di mana agensi perlu menyediakan maklumat pengiraan pembayaran dan penyelesaian pengiraan.

Lee Sun-bin sebelum ini pernah membangkitkan isu tentang pengiraan pembayaran iklannya pada Ogos 2018 yang tidak telus. Tetapi, dia menjelaskan masih belum menerima bukti dokumen transaksi itu.

Disebabkan itu, mahkamah menyebelahi Lee Sun-bin ketika perbicaraan pertama. Pihak mereka bersetuju Wellmade Star Entertainment tidak menyediakan bukti jelas tentang invois cukai atau dokumen pembayaran. Agensi itu hanya mengatakan jumlah tepat dalam pembayaran yang dibuat buat wanita itu pada setiap bulan. Tambahan lagi, agensi tersebut tidak melayan sebarang persoalan Lee Sun-bin.

Kata mahkamah,

Dalam kes ini, eksklusif kontrak ditamatkan kerana pelanggaran kontrak di mana agensi tidak menyediakan sebarang dokumen bukti yang dipertanggungjawabkan buat mereka. Jadi, tiada isu untuk aktiviti bebas Lee Sun-bin.

Wellmade Star Entertainment membuat rayuan, mengatakan agensi telah mengikut kontrak itu secara telus namun perbicaraan kedua berakhir dengan keputusan yang sama.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...