Ikuti Kami:

“Kontrak Masih Berbaki Setahun, Kami Akan Terus Bekerja Bersamanya” – Agensi Kim Seonho

“Kontrak Masih Berbaki Setahun, Kami Akan Terus Bekerja Bersamanya” – Agensi Kim Seonho

Sejak nama Kim Seon-ho terpalit dengan kontroversi beberapa hari ini, nama agensinya, SALT Entertainment turut terkait dengan khabar angin yang mengatakan bahawa mereka berkomplot bagi menjatuhkannya kerana pelakon itu dikatakan tidak mahu memperbaharui kontrak.

Walaupunbegitu, agensi berkenaan bertegas mengatakan bahawa khabar angin itu adalah tidak berasas dan kontrak antara mereka masih lagi mempunyai tempoh buat masa ini.

salt entertainment

Terbaru, SALT Entertainment mengeluarkan sekali lagi kenyataan mengenai kontrak mereka bersama Kim Seon-ho,

Laporan mengatakan kontrak Kim Seon-ho sudah pun tamat pada September lalu adalah tidak benar langsung. Perbincangan mengenai pembaharuan kontrak biasanya bermula tiga bulan sebelum ianya tamat. Sekarang bukanlah masa untuk kami mengadakan perbincangan ini kerana masih ada setahun lagi kontrak bersama Kim Seon-ho. Kami akan bekerja dengannya sehingga kontrak tersebut tamat.

Semoga semuanya baik-baik sahaja.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...