Sejak seminggu ini nama Kim Seon-ho menjadi bualan ramai dek pendedahan bekas kekasihnya.
Wanita itu mengatakan bahawa lelaki itu memanipulasinya untuk menggugurkan kandungan dengan janji palsu, melayannya dengan buruk selepas itu, bercakap buruk mengenai rakan sekerjanya dan banyak lagi. Tak lama selepas itu, Kim Seon-ho mengakui bahawa dia ialah pelakon itu dan memohon maaf buat semua.
Tidak selesai di situ, terdapat pula khabar angin yang berterbangan mengatakan bahawa kontrak eksklusif Kim Seon-ho bersama SALT Entertainment sudah pun tamat pada September lalu dan di dalam proses perbincangan untuk memperbaharuinya. Seorang individu tidak dikenali menyatakan dirinya sebagai kenalan pelakon itu dan mengatakan bahawa agensi itu dan bekas kekasihnya berkomplot bagi membuatkan Kim Seon-ho berada dalam situasi tidak baik.
Walaubagaimanapun, SALT Entertainment tampil mengatakan bahawa khabar angin ini adalah palsu dan Kim Seon-ho masih mempunyai banyak masa lagi dalam kontraknya.
Khabar angin mengatakan kontrak Kim Seon-ho dengan agensi sudah pun tamat pada September lalu adalah tidak benar. Dia masih mempunyai masa yang banyak lagi, malah masih belum sampai masa untuk kami membincangkan mengenai memperbaharuinya.
individu yang mengakui dirinya sebagai kenalan Kim Seon-ho dan mengatakan bahawa entri bekas kekasihnya ada kaitan dengan kontrak adalah tidak benar dan berasas.
Semoga semuanya baik-baik sahaja.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.