Ikuti Kami:

Konsert Jelajah Dunia ‘Be The Sun’ SEVENTEEN Bakal Bermula Jun Ini

Konsert Jelajah Dunia ‘Be The Sun’ SEVENTEEN Bakal Bermula Jun Ini

Kumpulan SEVENTEEN sebelum ini berjaya menggemparkan industri apabila mereka mengumumkan comeback mereka “FACE THE SUN”. Terbaru, mereka dikhabarkan bakal mengadakan jelajah dunia ke-3 mereka pada Jun ini!

Agensi kumpulan itu, PLEDIS Entertainment, mengumumkan bahawa jelajah dunia kumpulan SEVENTEEN iaitu “SEVENTEEN WORLD TOUR (BE THE SUN)”  akan diadakan malah mereka turut menjelaskan,

SEVENTEEN merancang untuk melawat Carats (nama fandom) di seluruh dunia, bermula dengan konsert di Seoul, diikuti dengan jelajah arena di Amerika Utara dan juga Asia, dan juga ‘dome tour’ Jepun sebanyak 6 kali dari November hingga Disember.

seventeen

Menurut poster yang dimuat naik, jelajah dunia “BE THE SUN” akan dimulakan dengan persembahan di Seoul yang diadakan di Gocheok Sky Dome dari 25 hingga 26 Jun manakala tarikh-tarikh untuk jelajah berikutnya adalah seperti yang tertera di dalam poster di bawah.

seventeen

“BE THE SUN” ialah jelajah dunia pertama mereka dalam tempoh 2 tahun sejak jelajah dunia kedua mereka “ODE TO YOU” pada 2019. Semasa jelajah dunia “ODE TO YOU”, beberapa persembahan tidak dapat dijalankan kerana Covid-19 yang mana telah meninggalkan kekecewaan dalam kalangan peminat.

Sementara itu, sebelum jelajah dunia, SEVENTEEN juga mengeluarkan album penuh ke-4 mereka “FACE THE SUN”. Dengan tajuk lagu “HOT”, mereka merancang untuk menunjukkan identiti ghairah unik kumpulan tersebut. Album ke-4 “FACE THE SUN” berjaya memecahkan rekod dengan menerima 1.74 juta pra pesanan dari dalam dan luar negara dalam masa seminggu.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...