Ikuti Kami:

Konon Nak Bantu, Netizen Kesal Song Joongki Kerap Ungkit Enggan Terima Bayaran Untuk ‘Hopeless’?

Konon Nak Bantu, Netizen Kesal Song Joongki Kerap Ungkit Enggan Terima Bayaran Untuk ‘Hopeless’?

Bukan mudah menjadi seorang selebriti kerana ada sahaja yang akan dijadikan isu.

Pada 7 Oktober, Song Joong-ki telah menghadiri Festival Filem Antarabangsa Busan ke-28, bagi mempromosikan filem barunya “Hopeless”.

Sebelum ini, pelakon lelaki itu telah mendedahkan bahawa dia tidak menerima sebarang bayaran untuk penampilannya dalam filem berkenaan kerana “Hopeless” ialah filem bajet rendah dan dia memang kagum dengan jalan cerita naskhah tersebut.

Saya tidak menerima sebarang bayaran kerana bimbang pesona asal karya akan berkurangan sekiranya elemen komersial dimasukkan kerana penampilan saya. Ia bukan masalah besar, tetapi saya malu kerana ia terlalu banyak menjadi bualan.

song joongki

Apabila ditanya lagi mengenai penampilannya yang tidak dibayar itu baru-baru ini, Song Joong-ki berkongsi,

Tidak menerima bayaran sama sekali tidak penting tetapi memalukan kerana terdapat begitu banyak artikel. Beberapa hari lalu, saya makan bersama CEO syarikat produksi dan menerima jam tangan yang dipakainya ketika itu sebagai hadiah. Saya mendapat jam tangan sebagai bayaran.

Meskipun ada yang mengkritik bahawa pelakon lelaki tersebut kerap mengungkit tentang sikap baiknya itu namun, ada juga yang menyebelahi Song Joong-ki dengan menjelaskan bahawa ia adalah soalan yang sering ditanya wartawan dan sebagai pelakon, dia harus menjawabnya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...