Ikuti Kami:

“Ingat Senang..” – Akui Sombong, Song Joongki Dedah Enggan Terajui ‘A Werewolf Boy’ Pada Awalnya

“Ingat Senang..” – Akui Sombong, Song Joongki Dedah Enggan Terajui ‘A Werewolf Boy’ Pada Awalnya

Mesti ramai kan yang pernah layan filem “A Werewolf Boy” yang ditayangkan pada 2012 dahulu?

Terbaru, Song Joong-ki telah menghadiri Festival Filem Antarabangsa Busan ke-28, di mana dia berkongsi pelbagai cerita tentang kerjayanya selama 15 tahun kini.

Menarik perhatian, pelakon itu mendedahkan bahawa dia pernah menolak tawaran untuk terajui filem “A Werewolf Boy” pada awalnya. Dia menjelaskan sebabnya,

Ia adalah ketika saya mula memainkan watak utama dalam drama. Ia adalah masa apabila saya mempunyai keinginan untuk melakukan dengan baik dan saya mempunyai pemikiran yang angkuh dan berkata ‘Saya tidak mempunyai dialog pun’.

song joongki a werewolf boy

Khususnya dalam filem itu, Song Joong-ki memainkan watak sebagai Chul-soo, yang dibesarkan di alam liar dan tidak mempunyai banyak dialog.

Namun, dia akhirnya berubah fikiran dan menerima tawaran untuk muncul dalam filem tersebut,

Selepas kira-kira dua bulan, apabila skrip itu datang lagi, saya membacanya dan merinding. Saya fikir ‘Mengapa saya menolak ini?’. Pada mulanya, saya fikir ia akan menjadi senang kerana tiada dialog tetapi semakin lama melakukan penggambaran, semakin saya rasa kesukarannya.

Sementara itu, filem “A Werewolf Boy” boleh ditonton di laman Netflix kini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...