Selepas musim pertama dan kedua berjaya menerima sambutan hangat, pasti ramai penonton yang menantikan musim ketiga drama “Dr. Romantic”, kan?
Terbaru, SBS telah melancarkan video trailer pertama “Dr. Romantic 3”, sekaligus mengumumkan tarikh tayangan perdana siri berkenaan iaitu pada bulan April nanti.
Untuk pengetahuan, “Dr. Romantic 3” akan dibintangi pelakon sama seperti Ahn Hyo-seop, Lee Sung-kyung, Han Suk-kyu, Kim Ju-hun, Kim Min-jae dan So Ju-yeon.
https://twitter.com/iconickdramas/status/1609258751357505539?s=20&t=Bk_V9L-L6nCGTGpNRKYraA
Bagi yang belum tahu, “Dr. Romantic” ialah sebuah francais yang memaparkan kisah sebenar doktor di Hospital Doldam yang usang.
Musim pertama yang ditayangkan pada 2016 mencatatkan rekod sebanyak 27.6% manakala musim keduanya pula meraih rating mencecah 27.1%, sekaligus membuktikan kepopularitiannya.
Sama-sama kita nantikan tayangan “Dr. Romantic 3” pada April nanti!