Semakin terasa debaran buat semua yang menantikan musim terbaru “Dr Romantic 3”.
Terbaru, Joo Hyun-young, Joo Jong-hyuk, Ha Yoon-kyung dan Im Seong-jae yang popular dengan drama “Extraordinary Attorney Woo” dilaporkan bakal membuat kemunculan istimewa dalam drama perubatan berkenaan.
Lapor orang dalam industri,
Joo Hyun-young, Joo Jong-hyuk, Ha Yoon-kyung dan Im Seong-jae akan menyertai rakaman ‘Dr Romantic 3’ kerana hubungan baik mereka dengan pengarah Yoo In-shik. Mereka akan membuat kemunculan istimewa pada permulaan drama.
Untuk pengetahuan, ‘Dr Romantic’ ialah sebuah francais yang memaparkan kisah sebenar doktor di Hospital Doldam yang usang. Musim pertama yang ditayangkan pada 2016 mencatatkan rekod sebanyak 27.6 manakala musim keduanya pula meraih rating mencecah 27.1% sekaligus membuktikan kepopularitiannya.
Kembali diterajui oleh Han Suk-kyu, Ahn Hyo-seop dan Lee Sung-kyung, musim ketiga ‘Dr Romantic’ bakal bersiaran pada tahun hadapan.
Nantikan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.