Dari Teraju Utama Ke Watak Sampingan Semula, Kesetiaan Kim Minjae Buat ‘Dr Romantic’ Dipuji
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Kesudian Kim Min-jae untuk kembali membawa watak jururawat Park Eun-tak dalam francais “Dr Romantic” yang ketiga nyata mendapat perhatian ramai.
Artikel Berkaitan
Terbaru, agensi lelaki itu telah mengesahkan bahawa dia akan menyertai “Dr Romantic 3” yang bakal ditayangkan pada separuh pertama 2023.
Kalau anda nak tahu, Kim Min-jae sudah pun berada di tahap di mana dia dipanggil untuk menjadi teraju utama kini dek kepopularitian yang dikecapi daripada “Dr Romantic” musim pertama. Malah dia telah pun menjadi hero untuk beberapa drama lain seperti “Do You Like Brahms?”, “Dali And Cocky Prince” dan “Poong The Joseon Psychiatrist”.

Kata agensinya,
Kim Min-jae ialah seorang pelakon yang menghargai perjalanan sesebuah naskhah itu tanpa mengira berat pelakon utama atau sampingan. Disebabkan dia membesar dengan ‘Dr Romantic’, dia akan mendekati watak itu secara ikhlas. Jadi, berikan perhatian buatnya.
Untuk pengetahuan, “Dr. Romantic” membawa kisah ‘doktor sebenar’ bertempat di Hospital Doldam yang usang. Drama ini terbukti popular apabila musim pertamanya pada 2016 berjaya merekodkan rating setinggi 27.6% manakala sebanyak 27.1% semasa musim keduanya pada 2020.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




