Konsert IU pada September nyata suatu kejayaan yang hebat kan?
Konsert IU “The Golden Hour” yang diadakan di Stadium Olimpik pada September nyatanya memberikan kepuasan dan kenangan indah di hati peminat. Namun, di sebalik kejayaan konsert sebegitu, pasti ada cabaran yang perlu dihadapi oleh IU danjuga krew-krew yang terlibat. Baru-baru ini juga, IU memuat naik satu video menerusi saluran YouTubenya mengenai persiapan di sebalik konsert solo, “The Golden Hour: Under the Orange Sun”.
Dalam video tersebut, kita dapat lihat bagaimana IU menjalani persiapan untuk konsert bertaraf dunia itu, malah dia turut dilihat beberapa kali terlelap seketika sambil berlarian ke sana dan ke sini bersama staff. IU juga sempat berkongsi kesukaran terbesar yang dihadapi sepanjang persiapan konsert itu adalah dirinya sendiri. Dia berkata, dia boleh berada dalam zon yang stabil kerana dia sedang mengawal keadaan tubuhnya secara diam.
Hm.. bukan senangnya nak adakan konsert sebegitu..
Semoga IU terus sihat dan konsert yang akan datang jadi lebih hebat!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.