Ikuti Kami:

Bertaraf Dunia, Konsert ‘Golden Hour’ Dihadiri Ramai Artis & Dipuji Peminat

Bertaraf Dunia, Konsert ‘Golden Hour’ Dihadiri Ramai Artis & Dipuji Peminat

Konsert “The Golden Hour” IU semestinya luar biasa!

Konsert “The Golden Hour” yang diadakan di Stadium Olimpik di Seoul pastinya mencetuskan fenomena dan berjaya memuaskan hati ramai pihak.

Rata-rata dalam kalangan peminat sangat terharu dengan kualiti persembahan oleh IU malah, IU turut menyediakan pelbagai keselesaan dan hadiah kepada para peminat yang hadir meskipun harga tiket konsertnya boleh dikatakan murah.konsert iuITZY juga hadir sebagai tetamu jemputan dan membuat persembahan dengan beberapa lagu mereka. Bukan itu sahaja, Jay Park turut tampil di konsert tersebut untuk berduet bersama IU bagi lagu “Ganadara”.

Turut menarik perhatian umum, apabila kelihatan beberapa rakan artis yang turut hadir memberi sokongan kepada IU. Antaranya adalah Kim Soo-hyun, Beom-gyu dan Soo-bin TXT, Ji-young KARA, Umji VIVIZ, para pelakon Squid Game iaitu, Kim Min-seok, Park Ju-hyun dan Anupam Tripathi, Jeong-yeon, Na-yeon dan Ji-hyo TWICE, Yoo In-na, J-Hope dan Jung-kook BTS dan ramai lagi.squid gamekarakim soo hyuntwicenayeonlee joongijungkook jhope btssong seungheonMeriah betul konsert “The Golden Hour” IU kali ini. Cukup memuaskan hati, malah ada juga yang mengatakan bahawa tiada konsert lain yang boleh setanding dengan konsert IU.

Bestnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...