Sudah berbelas tahun bersama sejak debut, hubungan antara ahli BIGBANG tak dinafikan dah akrab macam keluarga.
Baru-baru ini, G-Dragon telah memuat naik swafotonya menerusi Instagram Story dan menarik perhatian apabila dia turut meletakkan lagunya bersama T.O.P “Baby Good Night”, sebagai lagu latar.
Meskipun tidak menulis sebarang kapsyen di gambar tersebut, ramai menebak bahawa G-Dragon sepertinya merindui bekas ahli BIGBANG itu dan tetap menyokongnya walaupun mereka tidak lagi bekerja dalam satu kumpulan.
GD&TOP BABY GOODNIGHT OMG JIYONGGGG pic.twitter.com/qNLw6CoVNg
— april 💫✨ (@puTOPinamo) January 25, 2025
Bahkan, ini juga bukan kali pertama penyanyi “Crooked” itu berbuat sedemikian kerana sebelum ini, dia juga pernah beberapa kali menggunakan lagunya berduet dengan T.O.P sebagai lagu latar di Instagram.
GD rindu T.OP ke tu~
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.