Ikuti Kami:

Kongsi Pelbagai Manfaat, Ikuti 5 Pempengaruh Korea Ini ‘Expert’ Tentang Kecantikan

Kongsi Pelbagai Manfaat, Ikuti 5 Pempengaruh Korea Ini ‘Expert’ Tentang Kecantikan

Kalau korang nak tahu ada beberapa pempengaruh di Korea, popular disebabkan oleh kerajinan mereka berkongsi tentang produk kecantikan.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 pempengaruh Korea yang boleh diikuti untuk korang mengetahui tentang produk kecantikan yang berkesan.

Elisa Lee 

Elisa Lee sangat digemari ramai kerana selalu memberi ulasan tentang sesuatu produk secara jujur. Dia mula memuat naik konten di laman blog pada tahun 2012 dan telah memperoleh peminat setia sehingga ke hari ini. Di laman Instagramnya sekarang padat mengenai rutin penjagaan kulit serta banyak mencadang produk kecantikan kepada pengikutnya.

Pony Syndrome

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PONY 포니 (@ponysmakeup)

Jika korang peminat K-Pop, wajib mengikuti laman Instagram Pony Syndrome, dikemas kini dengan gaya terkini terutama untuk gadis remaja. Hampir semua gambar di Instagramnya dipenuhi dengan penjagaan kulit dan alat solek K-Beauty. Selain itu, dia adalah salah seorang blogger kecantikan yang paling popular serta sangat terkenal kerana mencipta semula rupa selebriti seperti Kylie Jenner dan Taylor Swift. Tambahan, cara solekan yang dikongsinya juga sangat mudah untuk diikuti oleh semua orang.

Lamuqe 

Pempengaruh kecantikan Korea ini mempunyai pengikut yang ramai di laman YouTube dan juga Instagram. Dia memberi petua terbaik tentang teknik solekan seperti solekan mata, kontur dan macam-macam lagi. Dia juga mempunyai satu siri istimewa yang dipanggil ‘Pembedahan Plastik Bersama Lamuqe’, di mana dia menjemput kawan-kawan atau pengikut setianya dan memberi mereka ubah suai. Hasilnya sangat menakjubkan sehingga ia akan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk membuat beberapa perubahan pada rutin penjagaan kulit muka dan solekan.

Charlotte Cho 

Jika korang sedang mencari ulasan tentang produk penjagaan kulit, Charlotte Cho ialah pempengaruh kecantikan Korea yang terbaik untuk diikuti. Dia berkongsi ulasan tentang alat solek dan penjagaan kulit yang sangat penuh dengan maklumat bermanfaat. Selain itu, segala info yang diberikan Charlotte Cho pasti akan membantu pengikutnya membuat keputusan tentang apa yang perlu dibeli dan apa yang tidak perlu.

Michelle Choi 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MICHELLE CHOI🖤 (@michellechoii)

Pempengaruh ini banyak bercakap tentang kecantikan dan solekan semula jadi Korea dalam videonya. Salah satu video yang paling banyak ditonton di YouTube ialah “Cara Mendapatkan Kulit Licin/Rutin Kulit Korea”, dengan lebih dua juta tontonan. Rutin hariannya sebagai seorang gadis muda berdikari yang tinggal di New York memberi inspirasi, dan seterusnya mendorong orang ramai untuk menerapkan rutin kecantikan baharu selepas menonton videonya.

Follow sekarang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...