Ikuti Kami:

Kongsi Foto Percutian Di Vietnam, Peminat Puji Hubungan Akrab Pelakon ‘Marry My Husband’

Kongsi Foto Percutian Di Vietnam, Peminat Puji Hubungan Akrab Pelakon ‘Marry My Husband’

Sukanya tengok keakraban pelakon “Marry My Husband”.

Pada bulan lepas, drama “Marry My Husband” telah berjaya melabuhkan tirainya dengan rating tinggi mencecah 12%.

Sebagai ganjaran, para pelakon seperti Park Min-young, Na In-woo, Lee Yi-kyung, Song Ha-yoon dan Choi Gyu-ri akan pergi bercuti bersama di Vietnam selama lima hari, bermula dari 10 Mac.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 이이경 (@luvlk89)

Menerusi hantaran yang dikongsi Lee Yi-kyung di Instagram, kesemua mereka nampak seronok meluangkan waktu bersama, dengan bermain golf, berenang di kolam renang dan bersiar-siar melihat negara tersebut.

Meninjau di ruangan komen, peminat rata-rata memuji hubungan rapat antara mereka dan berharap agar persahabatan mereka akan kekal selamanya. Komen peminat,

Semoga persahabatan awak semua akan kekal indah selamanya seperti ini ❤️

 

Ini adalah pelakon terbaik yang pernah saya kenali. Terima kasih kerana memberi kami drama ini!

 

Mereka sangat comel bersama. ‘Marry My Husband’ drama tahun ini yang paling best.

 

Harap awak semua berseronok!

Friendship goals sangat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...