Ikuti Kami:

Kongsi Foto Kenangan Di Jeju, Ini Sebab Peminat Teka Song Jihyo Ke Sana Bersama Kekasih

Kongsi Foto Kenangan Di Jeju, Ini Sebab Peminat Teka Song Jihyo Ke Sana Bersama Kekasih

Seronok rasanya apabila dapat melihat selebriti kesayangan kita berkongsi aktiviti harian mereka kan?

Terbaru, Song Ji-hyo dilihat berkongsi pelbagai gambar daripada percutiannya di kepulauan Jeju. Lebih senang berkongsi mengenai hal kerja ataupun hadiah peminat sebelum ini, entri terbaru itu membuatkan peminat berasa lebih rapat dengannya.

Meskipun hanya gambar lama memandangkan rambutnya masih panjang, namun Song Ji-hyo sepertinya mahu mengimbau kenangan indah itu. Tambahan pula, dia memuat naik entri percutian yang sama dua hari beturut-turut.

Suatu hari, di Jeju.

Dalam gambar lain, dia dilihat menikmati bir dan makanan sampingan sambil menikmati pemandangan langit Jeju.

Suatu hari, di Jeju.. 22.

Rata-rata peminat meluahkan rasa gembira apabila dapat melihat khabar peribadi yang jarang dikongsi oleh pelakon itu. Malah ada yang menebak bahawa Song Ji-hyo mungkin ke sana dengan seorang yang istimewa memandangkan terdapat dua gelas bir di dalam gambar tersebut.

song jihyo jeju

Adakah?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...