Setelah sekian lama, peminat akhirnya dapat lihat EXO kembali bersama sebagai satu kumpulan!
Terbaru, EXO telah mengadakan acara pertemuan peminat “EXO’ CLOCK” di KSPO Dome, bagi meraikan ulang tahun debut mereka yang ke-11.
Untuk pengetahuan, ini merupakan aktiviti kumpulan pertama EXO sejak Baek-hyun telah keluar dari ketenteraan pada Februari lalu.
Menghiburkan peminat yang sudah lama menunggu mereka, semua ahli termasuk Xiumin, Chen, Suho, Baek-hyun, Chan-yeol, D.O, Kai dan Se-hun telah mempersembahkan lagu ikonik mereka seperti “Love Me Right”, “The Eve” dan turut bermain permainan bersama.
https://twitter.com/xunhuas/status/1644668115081641987?s=20
Apa yang menarik perhatian, kumpulan 9 ahli itu turut menyanyikan lagu baru mereka, yang didedikasikan buat peminat.
Selain itu, ahli berkongsi bahawa mereka akan menjalani penggambaran untuk 3 muzik video pada hujung April ini, menjelang keluaran album baru.
https://twitter.com/WORLDMUSICAWARD/status/1644722278792413185?s=20
Wuu nantikan EXO-L!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉