Utama Drama Korea Kongsi Babak Intim Dengan Bona WJSN, Woo Dohwan Dikritik Upload Video Tak...

Kongsi Babak Intim Dengan Bona WJSN, Woo Dohwan Dikritik Upload Video Tak Disiar Dalam ‘Joseon Attorney’

joseon attorney

Sepertinya tindakan ‘naif’ Woo Do-hwan mendapat kecaman ramai kini.

Terbaru, lelaki itu telah berkongsi sebuah klip video yang tidak disiarkan dalam drama rasmi di mana dia melakukan adegan mesra bersama watak Bona.

Penonton yang ditebak sebagai peminat Bona telah meninggalkan banyak komen kritikan pada entri berkenaan dan meminta Woo Do-hwan supaya memadam video itu,

Perlu ke muat naik babak yang dipadam? Mesti ada sebab mengapa ia tidak disiarkan.

Seperti yang diketahui semua, Bona merupakan ahli kumpulan WJSN dan lakonan babak intim merupakan sesuatu yang tidak dilakukan kerana imej naifnya sebagai idola. Disebabkan itu, ada segelintir peminat yang mengecam Woo Do-hwan kerana memuat naik babak berkenaan.

Pun begitu, netizen lain meluahkan kekeliruan mengapa hal ini menjadi masalah buat orang ramai,

Ada masalah ke?

 

Mereka berdua ialah dewasa.

 

Mesti mereka dah setuju sebelum merakamnya.

Berdasarkan webtoon “Joseon Attorney” ia membawa kisah seorang peguam yang membalas dendam atas kematian ibu bapanya. Untuk episod akhirnya, drama bersejarah hanya mampu meraih 2.9%.

Mungkin terkesan dengan kritikan ramai, akhirnya Woo Do-hwan memadam entri berkenaan selepas beberapa jam memuat naiknya.

Hmmm..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERMoney Today
Loading...