Ikuti Kami:

Tiada Perubahan, Kenapa Rating ‘Joseon Attorney’ Kekal 2% Sahaja?

Tiada Perubahan, Kenapa Rating ‘Joseon Attorney’ Kekal 2% Sahaja?

Sepertinya “Joseon Attorney” tidak berjaya memenangi hati penonton K-Drama meskipun sudah 10 episod bersiaran.

Berdasarkan webtoon “Joseon Attorney” ia membawa kisah seorang peguam yang membalas dendam atas kematian ibu bapanya.

Dari awal tayangan, drama bersejarah ini mencatatkan rating dalam lingkungan 2% sahaja dan berterusan selama beberapa episod. Selepas “Taxi Driver 2” yang bersiaran dalam slot sama melabuhkan tirai, barulah drama tersebut berjaya mencapai rating sedikit tinggi iaitu 4%. Walau bagaimanapun, “Joseon Attorney” kembali ke rating 2% ketika tayangan episod ke-9 dan 10.

mbc joseon attorney

Meskipun dipromosi sebagai drama pembalasan dendam namun siri ini memaparkan terlalu banyak plot lain seperti memberikan fokus kepada kes pembunuhan ‘Kwon Cheom-ji’ dan juga hubungan segi tiga antara Kang Han-soo (Woo Do-hwan), Lee Yeon-joo (Kim Ji-yeon) dan Yoo Ji-sun (Cha Hak-nyeon). Lantaran itu, plot pembalasan dendam terhadap pembunuh ibu bapa peguam itu dilayan seperti jalan cerita sampingan sahaja kini.

Bukan itu sahaja, “Joseon Attorney” menghadapi saingan yang sukar kerana perlu ‘berlawan’ dengan drama popular seperti “Taxi Driver 2”, “Dr Romantic 3” dan “Doctor Cha” di mana mereka berjaya mencapai rating melepasi dua angka.

Pun begitu, “Joseon Attorney” turut mempunyai kekuatan sendiri kerana menyelitkan bahagian asing ketika zaman Joseon lantas memaparkan drama bersejarah ‘fusion’. Mungkin drama ini akan dapat mencapai kejayaan dalam 6 episod terakhirnya.

Korang rasa macam mana?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...