Akhirnya drama pembalasan dendam “Queen Of Masks” menamatkan siaran kelmarin.
Antara drama dengan tema yang sama baru ditayangkan ialah “Queen Of The Mask” di mana ia membawa kisah 3 orang sahabat yang menikam belakang seorang rakan yang lain apabila mereka terlibat dalam satu kes pembunuhan. 10 tahun kemudian, rakan yang dituduh itu kembali ke Korea bagi membongkarkan apa yang terjadi sebenarnya.
[Amaran SPOILER]
Setahun kemudian, kesemua ‘Permaisuri Bertopeng’ kembali ke kehidupan normal mereka. Yu-na (Oh Yoon-ah) menjadi ibu sebenar kepada anaknya, Nana yang sudah kembali sihat kini. Yoo-jeong (Shin Eun-jung) pula melahirkan anak pertamanya, dan melangsungkan parti hari jadi anak itu di Daeseon-gak yang dimodelkan menjadi hotel bertema hanok.
Jae-yi (Kim Sun-ah) kemudiannya melangkaui semua kesukaran dan memiliki hubungan yang semakin utuh bersama rakan-rakannya. Dengan semangat baru, Jae-yi berjanji akan membuang semua ‘topeng jahat’ dalam dunia ini bagi mencapai keadilan.
Untuk episod kali ini, “Queen Of The Mask” berjaya mencapai rating tertinggi sepanjang tayangan iaitu 3.3%.
Korang dah layan ke?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily