Ikuti Kami:

Meski Diterajui Pelakon Hebat, Episod Awal ‘Queen Of The Mask’ Raih Rating 1% Sahaja

Meski Diterajui Pelakon Hebat, Episod Awal ‘Queen Of The Mask’ Raih Rating 1% Sahaja

Seperti rutin dalan dunia K-Drama, pastinya akan ada drama curang dan pembalasan dendam yang memenuhi kaca televisyen sejak beberapa tahun ini.

Antara drama dengan tema yang sama baru ditayangkan ialah “Queen Of The Mask” di mana ia membawa kisah 3 orang sahabat yang menikam belakang seorang rakan yang lain apabila mereka terlibat dalam satu kes pembunuhan. 10 tahun kemudian, rakan yang dituduh itu kembali ke Korea bagi membongkarkan apa yang terjadi sebenarnya.

Dalam episod awal ini, penonton dibawa menelusuri kehidupan kesemua wanita iaitu Do Jae-yi (Kim Sun-ah), Go Yoo-na (Oh Yoon-ah), Joo Yoo-jung (Shin Eun-jung) dan Yoon Hae-mi (Yoo Sun) yang menjalani kehidupan sendiri kini namun masih menyimpan cita-cita untuk mendaki ke tahap lebih tinggi.

channel a queen of the mask

Untuk episod pertamanya, “Queen Of The Mask” meraih rating sebanyak 1.4% sebelum menaik ke 1.5% sahaja dalam tayangan seterusnya. Melihatkan angka ini, ramai yang menzahirkan rasa hairan memandangkan rating yang kurang memberangsangkan meskipun diterajui oleh ramai pelakon hebat termasuklah Kim Sun-ah, Oh Yoon-ah, Yoo Sun, Oh Ji-ho dan ramai lagi.

Mungkin juga kerana drama ini mengetengahkan plot pembalasan dendam dan perebutan lelaki, lantas ada penonton yang mungkin sudah muak dengannya. Yang pastinya, drama Channel A ini langsung tidak kekurangan persembahan lakonan yang hebat daripada teraju utama dan sampingan.

Apa kata korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...