Ikuti Kami:

Konflik Dengan Agensi, ‘Master In The House’ Ulas Kemunculan Lee Seunggi Dalam Musim Kedua

Konflik Dengan Agensi, ‘Master In The House’ Ulas Kemunculan Lee Seunggi Dalam Musim Kedua

Sepertinya ada berita yang kurang baik buat peminat Lee Seung-gi baru-baru ini.

Khabarnya, selepas perbincangan panjang, Lee Seung-gi memilih untuk tidak menyertai musim kedua “Master In The House” yang bakal memulakan penggambaran dengan ahli lain bermula Disember ini.

Menurut media, pelakon itu sukar untuk meneruskan penggambaran dalam ketika dia sedang mempunyai konflik dengan agensinya, Hook Entertainment selain jadual padat untuk filem “Big Family”.

Respon wakil program berkenaan,

Pasukan produksi merancang untuk memulakan penggambaran dengan ahli lain dahulu sambil menunggu Lee Seung-gi.

sbs master in the house

Tambahnya,

Waktu kemunculan Lee Seung-gi masih belum dapat dipastikan lagi namun pihak produksi dan ahli lain berharap agar semua dapat diselesaikan dengan baik dan Lee Seung-gi yang sedang melalui masa yang sukar akan dapat kembali secepat mungkin.

Sebelum ini, Lee Seung-gi meminta agensinya untuk menyediakan bukti kukuh mengenai bayaran yang diterimanya sebagai pemuzik. Bukan itu sahaja, bintang tersebut turut menerima kata-kata cacian daripada CEO agensi berkenaan.

Sedihnya…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...