Setelah sekian lama menanti, sayangnya “Family: The Unbreakable Bond” sudah pun menamatkan tayangan kelmarin.

Menurut Nielsen Korea, episod terakhir drama itu berjaya meraih rating 3.2% namun gagal mengalahkan rekod terbaik yang pernah dicatatkan dahulu iaitu 4.9%.
Sementara itu, “Family: The Unbreakable Bond” ialah drama thriller mengisahkan tentang suami ejen NIS yang menyamar sebagai pekerja pejabat biasa dan isteri yang manis namun kejam, juga mengimpikan keluarga yang sempurna.
Merupakan kolaborasi ke-4 Jang Hyuk dan Jang Na-ra, namun “Family” sepertinya gagal untuk meraih perhatian yang menakjubkan seperti naskhah yang dibintangi mereka dahulu.
Dalam episod akhir ini, Kang Yoo-ra (Jang Na-ra) yang berada dalam bahaya berjaya diselamatkan oleh suaminya, Kwon Do-hoon (Jang Hyuk). Kemudian, wanita itu memilih untuk menjalani kehidupan normal bersama anak-anaknya dan menjauhkan diri dari dunia intipan buat selamanya.
Korang dah habis layan ke?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉