Ikuti Kami:

Dipenuhi Plot Twist, Penonton Teka Ending ‘Family: The Unbreakable Bond’

Dipenuhi Plot Twist, Penonton Teka Ending ‘Family: The Unbreakable Bond’

Gandingan Jang Na-ra dan Jang Hyuk tak pernah menghampakan!

Keluarga penuh rahsia

Menerusi drama “Family: The Unbreakable Bond” di Disney+ Hotstar, pasangan itu sekali lagi membawa keserasian berlainan berbanding drama romantik yang biasa diterajui bersama sebelum ini.

Menurut pengarah Jang Jeong-do, drama ini direka berdasarkan hubungan kekeluargaan dan kepercayaan diberikan kepada orang di sekeliling kita.

Ia dihasilkan atas imaginasi tiga generasi keluarga tinggal bersama dan timbul persoalan sama ada mereka boleh memaafkan satu sama lain sekiranya mendapat tahu rahsia disimpan masing-masing.

tvn family

Dua tema disatukan

Dipromosikan sebagai drama gabungan komedi dan aksi, pengarah ini mengakui bahawa agak sukar untuk mencapai titik keserasian di antara dua genre itu,

Oleh kerana ia merupakan drama kekeluargaan, jadi saya cuba merakam babak keluarga dengan relaks di mana ia mampu membantu meredakan tekanan yang dilalui penonton pada saban hari.

Seperti yang dapat dilihat penonton untuk beberapa episod awal ini, ada babak di mana kita merasakan debaran sekiranya dikesan penjahat dan ada ketika kita memegang perut menahan ketawa apabila melihat telatah kelakar di antara watak di dalam drama itu.

family unbreakable bond

Review separuh pertama

[Amran SPOILER]

Meskipun kelihatan seperti suri rumah biasa pada awalnya, siapa sangka Kang Yoo-ra (Jang Na-ra) sebenarnya menyimpan rahsia besar dari suaminya. Do-hoon (Jang Hyuk) nyata terpana apabila mempelajari bahawa isteri sendiri merupakan pembunuh upahan dari organisasi rahsia.

Bukan itu sahaja, Oh Cheon-ryun yang merupakan rakan sekerja di NIS (National Intelligence Service) juga merupakan ahli organisasi itu sekaligus merumitkan lagi situasi mereka.

Nantikan kesudahan “Family: The Unreakable Bond” yang hanya tinggal beberapa episod sahaja lagi.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...