Tinggal 4 episod lagi, agak-agaknya apakah pengakhiran Kim Ji-won dan Kim Soo-hyun dalam “Queen of Tears”?
Terbaru, tvN telah melancarkan teaser untuk episod ke-13, di mana Hae-in (Kim Ji-won) dan Hyun-woo (Kim Soo-hyun) makin selesa untuk meluahkan rasa sayang pada satu sama lain secara terbuka.
Menerusi video yang dimuat naik, Hae-in pindah ke pangsapuri Hyun-woo dan dengan bangga berkongsi kepada salah seorang jiran bahawa dia adalah isteri kepada lelaki itu.
Kemudian apabila mereka masuk ke dalam rumah, wanita itu segera meminta Hyun-woo untuk tinggal bersamanya sambil bergerak ke arahnya dengan pandangan yang menggoda. Luahnya,
Kita kena bertindak seperti pengantin baru.
Dengan ini, penonton jangka bahawa pasangan ini akan mempunyai adegan ranjang dan intim bersama dalam episod tersebut, benar-benar seperti pasangan baru berkahwin.
Sementara itu, episod 13 “Queen of Tears” akan disiarkan pada 20 April hari ini, di Netflix!