Ikuti Kami:

Beli Bangunan 6 Tingkat, Kim Jiwon Dikritik Kerana Cuba Elak Bayar Cukai?

Beli Bangunan 6 Tingkat, Kim Jiwon Dikritik Kerana Cuba Elak Bayar Cukai?

Semakin popular selepas “Queen of Tears”, nama Kim Ji-won tidak dinafikan sedang hangat menjadi perbualan sekarang.

Terbaru pada 19 April, media melaporkan bahawa Kim Ji-won telah membeli sebuah bangunan di Gangnam-gu, Seoul, dengan harga 6.3 bilion won (RM21,528,000) pada Jun 2021.

Menurut laporan, bangunan tersebut telah siap pada tahun 1991 dan mempunyai satu tingkat bawah tanah serta lima tingkat atas tanah. Tidak lama kemudian, agensi wanita itu memberi respon,

Sukar untuk disahkan kerana ia adalah hal peribadi artis.

Untuk maklumat, bangunan itu didakwa dibeli dibawah nama syarikat korporat “Jiwon Entertainment Co., Ltd.,”, dengan Kim Ji-won sendiri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Namun, sejak tarikh pembelian, ianya telah disahkan bahawa tiada kerja pembinaan untuk pengurusan yang dibuat di syarikat tersebut. Dengan ini, ramai yang mendakwa bahawa Kim Ji-won menubuhkan syarikat itu hanya untuk membuat pembelian hartanah, membuat pinjaman perniagaan ataupun untuk mengelak membayar cukai harta peribadi.

kim jiwon

Selain itu, empat dari enam tingkat dipercayai telah disewakan kepada orang luar jadi, bangunan itu kini digunakan oleh penyewa dan syarikatnya sendiri. Pun begitu, masih ada sesetengah individu yang mengkritiknya kerana membuat pembelian secara komersial. Antara komen yang ditulis,

  • Mesti saja buka syarikat untuk elak bayar cukai.
  • Bukan ke Kim Ji-won di bawah agensi High Zium?
  • Saya rasa dia buat begitu untuk tujuan pelaburan.
  • Dia kaya.
  • Betul lah orang kata, selebriti ni semua memang raih pendapatan yang banyak.

Hmm, apa pendapat korang pula?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   JoongAng Ilbo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...