Seorang selebriti memang bijak kan dalam merahsiakan tentang kehidupan peribadi mereka?
Umum pasti mengetahui tentang berita mengenai hubungan percintaan antara Ahn Bo-hyun bersama Ji-soo BLACKPINK.
Oleh itu, banyak video temu bual lalu pasangan itu telah tular semula. Antaranya adalah video yang menampilkan Park Hee-soon, Han So-hee dan Ahn Bo-hyun, ketika mereka sedang mempromosikan drama “My Name”.
Khususnya dalam video itu, ketiga mereka harus menyelesaikan satu misi dan Han So-hee dilihat menyanyikan lagu BLACKPINK “As If It’s Your Last”, sambil mengusik teman lelaki Ji-soo itu untuk bertepuk tangan dan mengajaknya untuk menyanyi bersama.
Sohee tell me now😂😻 #jisoo #hansohee #AhnBoHyun pic.twitter.com/i8VpDtxG8z
— HanSoheeismysunshine💜💛 (@jaeonxnabi) August 3, 2023
Kemudian, wanita itu turut bertanya sama ada Ahn Bo-hyun tahu tentang lagu itu. Responnya,
Saya tahu. Tetapi saya tidak tahu bahagian itu.
Meskipun video tersebut telah dimuat naik pada 2021 namun, netizen tetap menganggap bahawa ia adalah satu kebetulan yang menarik memandangkan kedua mereka memang sedang menjalinkan hubungan mesra kini.
Alolo!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.