Ikuti Kami:

“Orang Yang Minat Saya..” – Bercinta Dengan Ahn Bohyun Kini, Ciri Lelaki Idaman Jisoo BP Kembali Tular

“Orang Yang Minat Saya..” – Bercinta Dengan Ahn Bohyun Kini, Ciri Lelaki Idaman Jisoo BP Kembali Tular

Pasti ramai peminat turut berbahagia dengan berita mengenai percintaan antara Ji-soo BLACKPINK dan Ahn Bo-hyun kan?

Bagi yang belum tahu, agensi telah mengesahkan bahawa Ji-soo dan Ahn Bo-hyun sedang bercinta dan masih dalam proses mengenali antara satu sama lain dengan perasaan yang baik.

Selepas pengumuman itu dibuat, ramai tidak dapat menyembunyikan rasa terkejut dan kembali mengimbas tentang temu bual lalu kedua selebriti itu, di mana mereka ada berkongsi tentang ciri pasangan idaman.

Khususnya pada 2018, Ji-soo telah terlibat dengan satu program BLACKPINK “Star Road” menerusi Naver VLIVE dan dia mendedahkan tentang ciri lelaki idamannya. Kongsinya,

Saya ada dua ciri yang saya suka. Pertama, seseorang yang sangat menyukai saya iaitu peminat terbesar Ji-soo. Kedua, seseorang yang mempunyai senyuman cantik. Saya suka orang yang nampak manis apabila mereka tersenyum.

ahn bohyun jisoo

Untuk pengetahuan, Ji-soo dilahirkan pada tahun 1995 dan Ahn Bo-hyun pada 1988, bermakna, mereka mempunyai jarak umur sebanyak 7 tahun.

Tahniah sekali lagi buat pasangan ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...