Sudah sekian lama bersiaran, semestinya akan ada usikan dan ‘pertelagahan’ antara program hiburan yang ditayangkan dalam slot sama.
Semasa di awal pembukaan, ahli “Running Man” telah bersembang mengenai pelbagai perkara. Namun apa yang menarik perhatian ramai ialah Yoo Jae-suk yang kerap menyebut ‘2 Days 1 Night’.
Usik Kim Jong-kook,
Awak boleh je cakap penggambaran berlangsung selama 2 hari kan?
Balas pengacara itu,
Kita boleh guna 2 hari satu malam sebab mereka (2 Days 1 Night) jalani penggambaran selama 3 hari 2 malam kini.
Kim Jong-kook yang berseloroh supaya mereka menukar nama mendapat sokongan Yoo Jae-suk,
Kita asyik bersaing.
Balas Ji Suk-jin,
Kalau ikutkan, kita mungkin terpaksa guna 17 hari 16 malam.
Pandai dorang mengusik~
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.