Ikuti Kami:

“Saya Tak Makan” – Song Jihyo Kongsi Kisah Sebenar Disebalik Momen ‘Lejen’ Tidur Atas Jenga Gergasi

“Saya Tak Makan” – Song Jihyo Kongsi Kisah Sebenar Disebalik Momen ‘Lejen’ Tidur Atas Jenga Gergasi

Bagi yang mengenali Song Ji-hyo sejak kemasukannya dalam “Running Man” pastinya tahu bahawa gelaran ‘ace’ bukan saja-saja diberikan buat wanita itu.

Dalam episod sambungan ‘Running Outing: Summer Vacation’, para ahli terus bermain lagi pelbagai permainan bersama di perkampungan terpencil selain turut meluahkan perasaan masing-masing.

Ketika berbual, para ahli menyebut mengenai kehebatan Song Ji-hyo dalam beberapa episod lalu seperti momen ‘lejen’ di mana dia mampu tidur di atas jenga gergasi. Dek rasa kagum ahli lain, cerita wanita itu mengenai kisah sebalik tabir episod berkenaan,

Ada cerita di sebalik kejadian itu, sebenarnya saya dijangkiti enteritis. Saya sakit sangat, jadi saya betul-betul tidur. Sebab tak nak pergi tandas, saya tak makan apa-apa pun.

running man

Yoo Jae-suk juga mendedahkan bahawa dia mencadangkan nama Song Ji-hyo supaya menyertai “Running Man” sebagai ahli kerasa ketelusan hati yang langsung tak teragak-agak untuk tidur ketika penggambaran “Family Outing” dahulu.

Bukan itu sahaja, ramai yang meluahkan rasa tersentuh kerana wanita itu kelihatan biasa sahaja dalam episod berkenaan meskipun terpaksa menahan sakit dan menyeberangi Sungai Han dengan bot yang dicipta ahli sendiri.

Cayalah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...