Ikuti Kami:

Kisah Sadis Putera Mahkota & Gundik Diraja, Drama ‘Love Song For Illusion’ Dinanti Ramai

Kisah Sadis Putera Mahkota & Gundik Diraja, Drama ‘Love Song For Illusion’ Dinanti Ramai

KBS telah mengeluarkan gamabr teaser bagi drama “Love Song For Illusion”.

Diadaptasikan daripada webtoon terkenal, drama “Love Song for Illusion” mengisahkan tentang kisah percintaan di antara seorang lelaki yang mempunyai dua personaliti dan wanita yang sangat mencintainya.

Park Ji-hoon memegang watak sebagai putera mahkota Sajo Hyun dan alter egonya, Ak-hee. Manakala. Hong Ye-ji akan membawa watak sebagai Yeon-wol, seorang pembunuh upahan yang berubah menjadi gundik diraja.

Di mana, Yeon-wol yang mempunyai niat untuk membalas dendam terhadap kematian keluarganya dengan tidak sengaja telah menjadi gundik kepada putera mahkota Sajo Hyun.

love song for illusion

Gandingan di antara Park Ji-hoon yang terkenal dengan lakonannya di dalam drama “Weak Hero Class 1”, bersama Hong Ye-ji dan ramai lagi barisan pelakon terkenal telah membuatkan drama percintaan sejarah baru ini semakin dinanti-nantikan.

Dalam masa yang sama, drama yang telah ditulis oleh penulis skrip Yoon Kyeong-ah dan diarahkan oleh pengarah Lee Jeong-seop ini akan mula ditayangkan pada Januari 2024.

Tak sabar nak lihat Park Ji-hoon jadi putera diraja!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...