Ikuti Kami:

Kisah Romantik Fantasi, Episod Awal ‘Destined With You’ Catat Rating Rendah

Kisah Romantik Fantasi, Episod Awal ‘Destined With You’ Catat Rating Rendah

Peminat drama romantik semestinya gembira menonton tayangan perdana “Destined With You”?

“Destined With You” ialah drama percintaan di mana Rowoon membawa watak peguam Jang Shin-yu, yang bekerja sebagai penasihat undang-undang untuk Dewan Bandaraya Onju. Wataknya akan terjebak dengan sumpahan dari buku yang diturunkan dari Dinasti Joseon.

Dalam episod awal ini, penonton diperkenalkan dengan watak utamanya iaitu Jang Shin-yu dengan kuasa misteri yang menyelubungi dirinya selain turut berbelit nasib dengan Lee Hong-joo dek satu sumpahan berbalik ke 300 tahun lalu. Disebabkan wanita ini yang sekian lama berdoa agar menjumpai cinta, dia bakal menempuhi masa depan mistik dek kemahuan sendiri dan kesukaran hidup Jang Shin-yu.

destined with you

Episod awal ini meraih rating sebanyak 2.9% sebelum menurun ke 2.3% untuk episod keduanya. Walaupun sedikit namun rata-rata penonton memuji kecomelan watak Jo Bo-ah dan ketegasan watak Rowoon.

Korang dah tonton ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...