Ikuti Kami:

Kisah Rom-Kom, Kim Hyeyoon Dilamar Terajui Drama Adaptasi Webtoon ‘The Year We Turned 29’

Kisah Rom-Kom, Kim Hyeyoon Dilamar Terajui Drama Adaptasi Webtoon ‘The Year We Turned 29’

Nampaknya, tahun ini akan menjadi tahun yang sibuk buat Kim Hye-yoon!

Pada 13 April, Kim Hye-yoon dilaporkan telah menerima tawaran untuk membintangi drama adaptasi webtoon “The Year We Turned 29” sebagai watak utama. Sebagai tindak balas, IHQ iaitu agensi bagi pelakon tersebut memberitahu OSEN,

Memang benar kami menerima tawaran daripada pasukan produksi ‘The Year We Turned 29’. Kami sedang menyemaknya.

Sementara itu, “The Year We Turned 29” ialah drama romantik komedi berdasarkan webtoon popular dengan tajuk yang sama, mengisahkan tentang tiga remaja berusia 29 tahun yang tidak serasi dengan hubungan cinta, kerja atau peperiksaan mereka.

Sekadar info, webtoon asal telah disiarkan secara rasmi pada Mac 2019, dan sejurus selepas dikeluarkan, ia telah menerima bacaan tinggi dan respon yang menggalakkan.

kim hyeyoon

Harap-harap Kim Hye-yoon terima!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...