Ada tak yang belum tonton drama “Jirisan”?
Bagi yang belum tahu, drama “Jirisan” yang ditayangkan pada 2021 membawa kisah renjer hutan yang melakukan kerja menyelamat di pergunungan Jiri. Ianya dibintangi pelakon hebat Jun Ji-hyun, Ju Ji-hoon, Jo Han-chul dan ramai lagi.
Dalam drama ini, Jun Ji-hyun membawa watak sebagai Seo Yi-kang iaitu renjer hebat yang mengetahui selok-belok Taman Negara Gunung Jiri. Manakala Ju Ji-hoon melakonkan watak Kang Hyun-jo iaitu lepasan akademi ketenteraan yang menyimpan rahsia tersembunyi dan menjadi renjer baru disamping Seo Yi-kang.
https://twitter.com/jjhxjjh/status/1573847913012563968
Terbaru, “Jirisan” akan menemui penonton di Netflix pada 23 Oktober ini, setahun selepas drama ini ditayangkan.
Untuk pengetahuan, episod akhir “Jirisan” telah berjaya mencatat rating memuaskan sebanyak 9.2%, membuktikan drama itu sebagai naskhah yang digemari ramai.
Jangan lupa tonton tau nanti di Netflix!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.