Ikuti Kami:

“Susah Nak Tahan Gelak” – Go Minsi Kongsi Pengalaman Berlakon Dengan Jun Jihyun Dalam ‘Jirisan’

“Susah Nak Tahan Gelak” – Go Minsi Kongsi Pengalaman Berlakon Dengan Jun Jihyun Dalam ‘Jirisan’

Baru-baru ini, Go Min-si telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah ‘Your Vibes’!

Semasa sesi temu bual, Go Min-si berborak mengenai dramanya “Youth of May” yang telah menjadi bualan peminat K-Drama, sepanjang ianya ditayangkan. Menurutnya,

Ia adalah drama percintaan yang saya mahu lakukan ketika umur saya masih dalam lingkungan 20-an. Dan ia juga menangani detik bersejarah pada tahun 1980-an, jadi ia adalah projek yang sangat saya sukai.

go minsi youth of may

Selain itu, Go Min-si juga telah merangkul dua anugerah di ‘KBS Drama Awards’, atas lakonannya dalam drama tersebut. Dia berkongsi,

Sebenarnya, saya tidak gementar dan berasa cukup tenang. Selain daripada popularitinya, ia adalah drama yang sangat saya suka, jadi saya bersedia untuk menerima sebarang keputusan.

Selepas “Youth of May”, Go Min-si kemudiannya membintangi drama “Jirisan” bersama dengan Jun Ji-hyun. Dia berkongsi pengalamannya bekerja dengan bintang popular itu,

Jun Ji-hyun sebenarnya seorang yang cukup ceria dan penuh kecomelan. Saya takut dia mungkin agak sukar pada mulanya. Tetapi dia bercakap dengan saya dahulu dan memberi saya nasihat yang begitu baik. Kami berdua sangat teruk menahan ketawa. Jadi saya masih ingat mengalami masa yang sukar untuk berusaha keras tidak ketawa semasa penggambaran.

go minsi

Drama Go Min-si yang mana korang paling suka?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...