Siap sedia semua untuk saksikan gandingan Kim Jung-hyun bersama Im Soo-hyang!
Terbaru, MBC telah mengesahkan bahawa Kim Jung-hyun dan Im Soo-hyang akan membintangi drama baru akan datang “The Season of Kokdu”.
Untuk pengetahuan, “The Season of Kokdu” ialah drama perubatan fantasi yang mengisahkan tentang dewa mati, Kokdu, yang pergi bercuti setiap 99 tahun, dan bekerja sebagai doktor pelawat selepas bertemu doktor wanita yang melayannya seperti seorang hamba.
https://twitter.com/mbcdrama_pre/status/1574206013007282177
Dalam drama ini, Kim Jung-hyun akan memainkan watak Kokdu, seorang pemandu sipi dunia bawah tanah. Sebagai makhluk tertinggi dan satu-satunya, Kokdu ialah penuai yang dingin dan kejam yang membimbing orang ramai melalui jalan dunia bawah tanah dengan 99 selekoh ke Syurga. Manakala Im Soo-hyang akan berperan sebagai Han Han-jeol, yang akan menggambarkan kehidupan seorang doktor dari sekolah perubatan terakhir di negara ini.
Fuh gandingan hebat ni!