Ikuti Kami:

Im Soohyang Dilamar Sertai Kim Junghyun Dalam Drama Fantasi ‘The Season Of Kokdu’

Im Soohyang Dilamar Sertai Kim Junghyun Dalam Drama Fantasi ‘The Season Of Kokdu’

Selepas “Woori the Virgin” dan “Doctor Lawyer”, Im Soo-hyang nampaknya sedang sibuk memilih projek lakonannya yang seterusnya.

Pada 15 Julai, agensi bagi pelakon Im Soo-hyang telah mengeluarkan kenyataan mengenai penampilan pelakon itu dalam drama “The Season of Kokdu”. Jelas agensi,

Im Soo-hyang mempertimbangkan untuk watak utama drama baharu MBC ‘The Season of Kokdu’ dan sedang menyemaknya secara positif.

Sebelum ini, Kim Jung-hyun juga telah dilamar untuk menyertai drama itu sebagai pelakon lelaki utama. Jika Im Soo-hyang menerima tawaran ini, kedua pelakon itu akan berpeluang untuk bergandingan bersama.

kim junghyun im soohyang

Dalam pada itu, “The Season of Kokdu” ialah drama perubatan fantasi yang mengisahkan tentang dewa mati, Kokdu, yang pergi bercuti setiap 99 tahun, dan bekerja sebagai doktor pelawat selepas bertemu doktor wanita yang melayannya seperti seorang hamba.

Serasi juga kalau mereka berdua bergandingan, kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...