Ikuti Kami:

Setelah Lama Sepi, Kim Junghyun Dilamar Terajui Drama Fantasi ‘The Season Of Kokdu’

Setelah Lama Sepi, Kim Junghyun Dilamar Terajui Drama Fantasi ‘The Season Of Kokdu’

Korang dah sedia ke untuk drama baharu lakonan Kim Jung-hyun?

Menurut laporan media pada 13 Mei, Kim Jung-hyun sedang dalam perbincangan untuk membuat kemunculan semula menerusi drama fantasi MBC baharu “The Season of Kokdu”. Berikutan itu, agensi bagi pelakon tersebut memberi kenyataan,

Kim Jung-hyun telah menerima tawaran untuk muncul dalam drama baharu MBC ‘The Season of Kokdu’.

Untuk pengetahuan, “The Season of Kokdu” ialah drama perubatan fantasi yang mengisahkan tentang dewa mati, Kokdu, yang pergi bercuti setiap 99 tahun, dan bekerja sebagai doktor pelawat selepas bertemu doktor wanita yang melayannya seperti seorang hamba. Kim Jung-hyun telah ditawarkan watak Kok-doo, seorang ‘grim reaper’ dalam drama itu.

kim junghyun

Jika kemunculannya disahkan, ini merupakan kali pertama Kim Jung-hyun akan kembali ke skrin kecil setelah sekian lama menyepi, selepas drama “Mr. Queen” yang berakhir pada Februari tahun lalu.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...