Nampaknya, penonton berkemungkinan akan dapat lihat gandingan Gong Yoo bersama Seo Hyun-jin dalam sebuah drama.
Terbaru, Gong Yoo dan Seo Hyun-jin dilaporkan akan terajui drama Netflix baru berjudul “Trunk”. Tidak lama kemudian, kedua agensi mereka Management SOOP memberi respon,
Gong Yoo dan Seo Hyun-jin telah menerima tawaran untuk muncuk dalam drama baru Netflix ‘Trunk’ dan sedang menyemaknya secara positif.
Untuk pengetahuan, “Trunk” adalah sebuah drama yang mengisahkan tentang agensi perkhidmatan perkahwinan, yang akan mengatur kehidupan mereka dengan pasangan yang diingankan. Ianya diarahkan oleh Kim Kyu-tae, yang juga merupakan pengarah buat “Our Blues”, “Scarlet Heart Ryeo” dan penulis Park Eun-young dari “Hwarang”.
Jika Gong Yoo menerima tawaran ini, dia akan menghidupkan watak sebagai Han Jeong-won, seorang penerbit muzik yang percaya bahawa semua perkahwinan di dunia adalah penipuan. Manakala Seo Hyun-jin akan membawa watak sebagai Noh In-ji, timbalan pengarah NM, yang tidak berkahwin tetapi tugasnya adalah mengatur perkahwinan orang.
Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai drama “Trunk”!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉