Nampaknya, penonton akan dapat lihat gandingan Go Kyung-pyo dan Kang Han-na dalam sebuah drama!
Terbaru, JTBC telah mengumumkan Go Kyung-pyo dan Kang Han-na sebagai teraju utama dalam drama komedi romantik baru berjudul “No Secrets”.
Untuk pengetahuan, “No Secrets” akan mengikuti Song Ki-baek (Go Kyung-pyo), seorang juruhebah yang mematuhi peraturan dan telah mendedikasikan hidupnya untuk mengekalkan imej yang baik. Suatu hari, dia menghadapi krisis terbesar dalam hidupnya, dan memulakan hidup baru selepas bertemu On Woo-ju.
Watak On Woo-ju akan dibawa oleh Kang Han-na, iaitu seorang penulis rancangan hiburan yang bersemangat dan sanggup untuk melakukan apa sahaja bagi menghasilkan program yang menghiburkan. Menemui daya tarikan pada Song Ki-baek, wanita itu akhirnya membintangi sebuah rancangan temu janji dengannya.
Dalam pada itu, “No Secrets” telah dijadualkan untuk memulakan penggambaran tak lama lagi, dengan pelan untuk tayang pada tahun ini.
Nantikan!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉