Ikuti Kami:

Kisah Penipu & Peguam, Kim Dongwook Dilamar Terajui Drama ‘Beneficial Fraud’

Kisah Penipu & Peguam, Kim Dongwook Dilamar Terajui Drama ‘Beneficial Fraud’

Nampaknya, Kim Dong-wook bakal menemui penonton dengan pelbagai drama baru.

Terbaru, satu media melaporkan bahawa Kim Dong-wook akan membintangi drama “Beneficial Fraud”, sebuah projek baharu dari pengarah “Shooting Stars”, Lee Soo-hyun.

Berikutan itu, agensinya KeyEast memberi respon,

Kang Dong-wook mendapat tawaran untuk membintangi ‘Beneficial Fraud’ dan sedang menyemaknya secara positif.

Dalam pada itu, “Beneficial Fraud” menceritakan kisah penipu dan peguam yang terlalu bersimpati, berkumpul sama untuk membalas dendam mereka terhadap kejahatan mutlak. Ia akan berpusat di sekitar penipuan yang anda suka percaya tetapi tidak boleh percaya sehingga akhir drama.

kim dongwook

Jika Kim Dong-wook menerima tawaran ini, dia akan memainkan watak sebagai peguam Han Moo-young. Walaupun dia seorang peguam, dia juga seorang pesakit yang memerlukan bantuan psikiatri untuk kelihatan normal kerana kecenderungan simpati dan empatinya yang terlalu tinggi.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai drama ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...