Ikuti Kami:

Kim Dongwook & Jin Kijoo Bakal Bergandingan Untuk Drama ‘You, Whom I Met By Chance’

Kim Dongwook & Jin Kijoo Bakal Bergandingan Untuk Drama ‘You, Whom I Met By Chance’

Kim Dong-wook dan Jin Ki-joo sah akan membintangi drama baharu bersama! Tapi drama apa?

Drama KBS yang akan disiarkan tidak lama lagi, “You, Whom I Met By Chance”  telah mengesahkan bahawa pelakon Kim Dong-wook dan Jin Ki-joo akan menjadi teraju utama  drama itu.

“You, Whom I Met By Chance” menceritakan kisah misteri yang terungkap apabila seorang lelaki, mengembara ke masa lalu untuk mencari kebenaran di sebalik siri pembunuhan, lalu bertemu dengan seorang wanita yang mengembara melalui masa untuk menghalang perkahwinan ibu bapanya. Di pertengahan perjalanan yang pelik indah mereka berdua terjebak pada tahun 1987.

Kim Dong-wook akan memainkan watak sebagai Yoon Hae-joon yang berkepala dingin dan berterus terang. Selepas memasuki syarikat penyiaran sebagai wartawan berita tempatan, Yoon Hae-joon menjadi pembaca berita termuda untuk berita hujung minggu. Selain seorang yang cepat berfikir, dia juga mempunyai rupa yang kacak, kekuatan fizikal yang hebat, dan hati yang baik.

Selepas penampilan sulungnya dengan filem “A Crimson Mark” pada tahun 2004, Kim Dong-wook memberi imej yang mengangum dengan membawa pelbagai peranan seperti “Coffee Prince,” “Find Me In Your Memory,” “You Are My Spring,” dan banyak lagi.jin kijoo kim dongwookJin Ki-joo akan memegang watak Baek Yoon-young, seorang gadis bandar biasa generasi muda yang bekerja dengan patuh dengan pihak atasannya. Semasa menghilangkan tekanan berkaitan kerja terhadap ibunya, Baek Yoon-young tiba-tiba mengalami sesuatu yang tidak terjangka dan mula menjalani kehidupan yang berbeza sambil menyesali segala yang berlaku pada masa lalu. Sebelum ini, Jin Ki-joo berjaya memikat hati penonton dalam “Homade Love Story” dan “From Now On, Showtime!”

Drama yang akan datang ini merupakan karya oleh penulis skrip Baek So-yeon dan pengarah Kang Soo-yeon dari “The Tale of Nokdu,” dan ia akan ditayangkan pada Jun 2022 ini.

Korang rasa mereka akan jadi gandingan yang sesuai tak? Cuba kongsi pendapat korang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...