Jo Jung-suk dikatakan akan kembali dengan filem baru.
Terbaru, media Korea melaporkan bahawa Jo Jung-suk, Lee Jung-eun dan Choi Yu-ri telah dilamar untuk terajui filem “My Daughter Who Turn Into A Zombie”.
Diadaptasi dari webtoon terkenal, filem komedi ini mengisahkan tentang pengorbanan serta kasih sayang seorang bapa yang cuba untuk membesarkan anaknya di sebuah kampung selepas anaknya dijangkiti oleh virus zombi.
Jo Jung-suk dilaporkan akan memegang watak sebagai Lee Jung-hwan, seorang bapa yang cuba untuk melindungi anaknya yang telah dijangkiti virus zombi. Manakala, Lee Jung-eun pula akan melakonkan watak sebagai Kim Bam-soon, emak kepada Lee Jung-hwan.
Selain itu, pelakon cilik Choi Yu-ri akan memegang watak sebagai anak gadis Lee Jung-hwan yang dijangkiti oleh virus Zombi, Lee Su-ah.
Sementara itu, agensi Jo Jung-suk dan Lee Jung-eun telah mengeluarkan kenyataan dan mendedahkan bahawa pihak mereka masih lagi sedang mempertimbangkan tawaran yang diberikan.
Macam seronok je!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.