Ikuti Kami:

Kisah Pelarian Temui Cinta, Filem Matang Song Joongki Diberi Had Umur 19 Tahun Ke Atas

Kisah Pelarian Temui Cinta, Filem Matang Song Joongki Diberi Had Umur 19 Tahun Ke Atas

Filem “My Name is Loh Kiwan” yang dibintangi oleh pelakon Song Joong Ki dijadualkan untuk ditayangkan pada bulan Mac nanti.

Netflix bersedia untuk menayangkan filem itu pada 1 Mac ini, dengan promosi telah dimulakan kini. “My Name is Loh Kiwan” berkisar tentang kisah Ki-wan, seorang pembelot Korea Utara yang tiba di Belgium, dan Marie, seorang wanita yang kehilangan tujuan hidupnya.

Song Joong-ki, yang sebelum ini memberikan persembahan yang mendalam dalam filem “Hopeless” tahun lalu, kini bersedia untuk transformasi yang luar biasa dalam “My Name is Loh Kiwan” di mana beliau memainkan watak Roh Ki-wan, seorang pembelot Korea Utara yang berusaha untuk dikenali sebagai ‘pelarian’ di Belgium, sebuah negara asing di mana dia tiba tanpa apa-apa.

Khabarnya, filem ini menerima rating matang, menjadikannya tak sesuai untuk penonton remaja. Mengambil kira, produksi Netflix sering memiliki kebebasan lebih dalam konten mereka, penonton meluahkan rasa tak sabar untuk menontonnya.

Kenapa agaknya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...