Ikuti Kami:

“Saya Marah..” – Didakwa Ibu Tunggal & Pelbagai Lagi, Song Joongki Respon Tuduhan Buat Isteri

“Saya Marah..” – Didakwa Ibu Tunggal & Pelbagai Lagi, Song Joongki Respon Tuduhan Buat Isteri

Sedar tak sedar, Song Joong-ki sudah pun berkahwin buat kali kedua bersama wanita berasal dari British iaitu Katy Louis Saunders.

Terbaru, pelakon tersebut telah menyertai penggambaran majalah bersama GQ Korea dan bercerita lebih mengenai kehidupan baru bersama isterinya. Ulasnya selepas menerima ucapan tahniah,

Benar ia memberikan saya perasaan baru tapi sepertinya ia masih sama seperti sebelum ini.

song joongki

Apabila ditanya mengenai isteri, jawabnya dengan penuh kata-kata manis,

Kalau saya perlu menjelaskan siapakah Katy, saya mahu mengatakan bahawa dia seorang yang baik sangat hingga membuatkan saya mahu meluahkan mengenai pelbagai cerita. Sebab masa kita singkat, saya tak boleh memberitahu semuanya dalam temubual ini. Secara ringkas, dia merupakan seorang rakan yang memberikan saya kepercayaan dalam pelbagai perkara. Contohnya, dia mempunyai falsafah dan pemikiran yang sama dengan saya dan dia merupakan seorang sentiasa mengesahkan yang saya benar.

Song Joong-ki turut sempat menjelaskan khabar angin mengenai Katy ialah ibu tunggal,

Kami sebenarnya tak kisah sangat pada awalnya. Ianya seperti perkara biasa buat kami dan kalaupun ramai mengenali kami, perasaan kami tidak berubah. Pun begitu, saya semakin marah apabila makin banyak cerita mengarut berterbangan. Selain dari nama universiti (Universiti Bocconi) dia, yang lain adalah tak betul.

song joongki katy louis saunders

Tambahnya,

Semakin saya marah, Katy berkata kepada saya, ‘Awak tak perlu marah dengan mereka’. Saya tak boleh bercerita dengan lebih panjang, tapi dia lah orangnya. Dia membawa saya ke arah yang positif dan mengimbangkan kehidupan saya.

Kongsi lelaki itu lagi, dia terus ke tapak penggambaran “Ro Kiwan” selepas mendaftarkan perkahwinan bersama Katy. Malah mereka perlu menghabiskan kerja dahulu sebelum sempat meluangkan masa pada petang itu,

Ia merupakan hari yang kalut.

Semoga berbahagia!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...