Kim Jae-joong dan Gong Sung-ha akan menerajui sebuah filem seram terbaru.
Filem “Shrine” mengisahkan tentang 3 pelajar universiti yang hilang ketika melakukan ekspedisi ke sebuah kuil terbiar yang terletak di Kobe, Jepun. Di mana, mereka bersama seorang bomoh kemudiannya telah mengetahui akan kewujudan identiti roh jahat yang mengelilingi pelajar-pelajar yang hilang.
Dalam filem ini, Kim Jae-joong akan memegang watak utama sebagai seorang lelaki yang membuat keputusan untuk menjadi bomoh dan membina sebuah kuil selepas menamatkan pengajian dari sekolah seni.
Manakala, Gong Sung-ha akan melakonkan watak sebagai bekas teman sekelas Kim Jae-joong, yang meminta bantuan bomoh tersebut untuk menyelesaikan kejadian misteri yang menimpa mereka.
Sementara itu, filem ini akan menjadi filem Korea pertama yang diarahkan oleh pengarah terkenal Jepun, Kazuyoshi Kumakiri dan ianya akan memulakan penggambaran di Jepun pada Mac ini.
Tak sabarnya nak tonton!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.