Ikuti Kami:

Kisah Kebangkitan Mangsa Buli Di Sekolah, Jaehyun NCT Dilapor Bakal Terajui ‘I Believe You’

Kisah Kebangkitan Mangsa Buli Di Sekolah, Jaehyun NCT Dilapor Bakal Terajui ‘I Believe You’

Menurut laporan media, Jae-hyun NCT telah mendapat tawaran untuk memegang watak utama dalam drama terbaru “I Believe You”.

Drama tersebut mengisahkan tentang seorang pelajar sekolah yang berjaya menahan diri daripada pembulian dan penderaan yang dilakukan oleh seorang pelajar yang lahir dari keluarga kaya raya.

Di mana, ahli NCT itu dilaporkan bakal memegang watak lelaki utama iaitu Seo Il-nam, mangsa buli di sekolah.

Dalam masa yang sama, “I Believe You” akan diterbitkan oleh Mace Entertainment, yang juga merupakan penerbit bagi siri Netflix “The Trauma Code: Heroes on Call”. Drama ini dijangka bakal memulakan penggambarannya dalam masa yang terdekat.

Sementara itu, syarikat Jae-hyun iaitu SM Entertainment telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang menyatakan bahawa pihak mereka masih lagi sedang mempertimbangkan tawaran yang diberikan.

jaehyun-drama

Kata mereka,

Penampilan Jae-hyun dalam drama ini belum dapat disahkan, tapi pihak kami sedang mempertimbangkan tawaran yang telah diberikan ini.

Macam menarik kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...