Ikuti Kami:

Lakonan Filem Pertama, Jaehyun NCT Muncul Sebagai Peramal Kematian Dalam ‘You Will Die In 6 Hours’

Lakonan Filem Pertama, Jaehyun NCT Muncul Sebagai Peramal Kematian Dalam ‘You Will Die In 6 Hours’

Jae-hyun NCT akan melakukan kemunculan sulungnya di layar perak sebagai pelakon di dalam filem thriller.

Filem “You Will Die In 6 Hours” merupakan filem yang diadaptasikan oleh novel misteri Jepun dengan tajuk yang sama. Cerita yang mengandungi 6 kisah pendek ini menceritakan tentang manusia yang mengalami penderitaan kerana ramalan seorang lelaki.

Watak utama di dalam filem ini akan dilakonkan oleh Jae-hyun NCT. Di mana, penyanyi idola terkenal itu telah mencabar dirinya dengan berlakon di dalam filem buat pertama kalinya dan dijangka akan menarik perhatian ramai dengan tarikan uniknya sebagai Jun-woo, yang boleh meramalkan kematian.

you will die in 6 hours

Manakala Park Ju-hyun akan memegang watak sebagai Jung-yoon, iaitu salah seorang mangsa yang menerima amaran kematian.

Filem bergenre misteri dan thriller ini telah mendapat perhatian ramai selepas mereka mengeluarkan gambar teaser pertama yang mendebarkan.

Rata-rata peminat filem serta peminat NCT juga sudah tidak sabar lagi untuk melihat persembahan lakonan ngeri oleh Jae-hyun di dalam filem ini.

Cepat-cepat la tayang kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...