Ikuti Kami:

Kisah Hidup Lagenda Joseon, Shin Yeeun & Rowoon Dilamar Sertai Drama Sejarah ‘Takryu’

Kisah Hidup Lagenda Joseon, Shin Yeeun & Rowoon Dilamar Sertai Drama Sejarah ‘Takryu’

Shin Ye-eun dilaporkan bakal menyertai Rowoon di dalam drama sejarah terbaru.

Pada 20 Februari, media melaporkan bahawa Shin Ye-eun telah ditawarkan untuk berlakon di dalam drama “Takryu”.

Sejurus selepas berita itu dilaporkan, agensi pelakon tersebut telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang menyatakan bahawa pihak mereka masih lagi sedang berbincang mengenai tawaran yang diterima.

Kata mereka,

Shin Ye-eun masih lagi sedang mempertimbangkan diri untuk menerajui drama ini.

“Takryu” merupakan drama sejarah yang mengisahkan tentang seorang samseng lelaki yang berasal dari Pelabuhan Mapo di Sungai Han yang berjaya menjadi lagenda di Joseon disebabkan oleh tubuh badannya.

takryu

Dalam masa yang sama, Rowoon dan Park Seo-ham juga telah ditawarkan untuk menyertai drama ini pada tahun lalu.

Sementara itu, Shin Ye-eun kini sedang menyiapkan diri untuk mempromosikan drama “Jeong Nyeon” yang dibintangi oleh dirinya dan Kim Tae-ri.

Macam menarik je kan drama ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...