Ikuti Kami:

“Dah Macam Robot” – Gaya Pengacaraan Rowoon Di Majlis Anugerah Dikritik Ramai

“Dah Macam Robot” – Gaya Pengacaraan Rowoon Di Majlis Anugerah Dikritik Ramai

Rowoon sedang hangat diperkatakan ramai disebabkan oleh pengacaraannya di majlis anugerah akhir tahun.

Pada 31 Disember, Rowoon telah tampil menjadi pengacara buat Anugerah Drama KBS bersama dengan pelakon Jang Sung-kyu dan Seol In-ah.

Bagaimanapun, pelakon itu telah kelihatan gementar sehingga menunjukkan beberapa kelakuan yang mengecewakan ketika acara tersebut dijalankan.

Di mana, penyampaian Rowoon di anugerah tersebut kelihatan kurang memberangsangkan dan dia lebih fokus membaca dari teleprompter daripada berinteraksi bersama hos yang lain.

rowoon kbs

Malah, ini juga bukan pertama kali pelakon tersebut dikritik disebabkan oleh gaya pengacaraannya.

Pada 15 Disember 2023, ketika Rowoon menjadi hos bagi “KBS Music Bank Global Festival”, penonton telah menegur tingkah laku Rowoon yang kelihatan janggal, kurang berinteraksi serta terlalu fokus kepada teleprompter.

Disebabkan ini bukan kali pertama pelakon itu berkelakuan seperti ini, rata-rata peminat serta penonton telah mengkritik pelakon tersebut dan berharap agar dia akan berusaha untuk menambah baik kualiti pengacaraannya.

Antara komen peminat ialah,

Saya ingatkan dia tu AI.

 

Dia yang baca, tapi kenapa saya yang rasa malu?

 

Saya rasa malu bagi pihak dia.

 

Pandangan serta nada yang dia gunakan sangat bosan.

 

Dah macam robot.

 

Harap dia dapat perbaiki diri.

Pendapat korang pula macam mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...