Ikuti Kami:

“Bukan Dia Dah Keluar Ke?” – Buat Persembahan Bersama Ahli SF9, Rowoon Teruk Dikritik Netizen

“Bukan Dia Dah Keluar Ke?” – Buat Persembahan Bersama Ahli SF9, Rowoon Teruk Dikritik Netizen

Eh, dah kenapa ni?

Pada 16 Disember, FNC Entertainment telah mengadakan konsert gabungan “FNC KINGDOM – The Greatest Show” di Chiba, Jepun.

Di mana, kesemua artis yang bernaung di bawah syarikat itu iaitu FTISLAND, CNBLUE, SF9, Rowoon, Jung Hae-in dan ramai lagi bergabung untuk menghasilkan konsert yang epik.

Sebuah lagu yang dimainkan di dalam drama “The Matchmakers” yang dilakonkan oleh Rowoon telah dinyanyikan oleh In-seong SF9 dan mereka telah mempersembahkan lagu yang berjudul “Say I Love You” itu bersama-sama di konsert gabungan tersebut.

Namun, walaupun segelintir peminat teruja dengan pertemuan semula ahli serta bekas ahli SF9 tersebut, persembahan mereka menjadi topik hangat di komuniti dalam talian di Korea dan mencetuskan perdebatan hangat memandangkan Rowoon telah meninggalkan SF9 untuk meneruskan bidang lakonan.

Terdapat segelintir netizen yang mengkritik dan terdapat juga beberapa peminat yang menyokong persembahan tersebut.

Antara komen netizen dan peminat ialah,

Bukan dia dah keluar dari kumpulan itu ke?

 

Kenapa dia buat persembahan dengan SF9 bila dia sendiri yang nak keluar dari kumpulan itu?

 

Peminat mereka mesti tak suka dengan persembahan ini.

 

Kenapa ramai nak marah dengan persembahan ini?

 

Semua macam nak cari isu untuk kritik Rowoon.

 

Rowoon dan Hwi-young SF9 berlakon dalam ‘The Matchmakers dan In-seong juga nyanyi lagu untuk drama ini. Biar la kalau mereka nak buat persembahan bersama sekalipun.

Apa pendapat korang pula?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...